Nafas jihadmu tetap panas
sewaktu tanah milikmu dicakar durjana
namun kau masih sempat
mengikir mata akal:
Sebilah belati
peluru tetap kau asah
bangkit dengan semangat mata batin
selamanya.
SAJAK PERTEMUAN MAHASISWA
Oleh :
W.S. Rendra
Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit,
melihat kali coklat menjalar ke lautan,
dan mendengar dengung lebah di dalam hutan.
Lalu kini ia dua penggalah tingginya.
Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
memeriksa keadaan.
Kita bertanya :
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna.
Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga.
Orang berkata “ Kami ada maksud baik “
Dan kita bertanya : “ Maksud baik untuk siapa ?”
Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka.
Ada yang duduk, ada yang diduduki.
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita di sini bertanya :
“Maksud baik saudara untuk siapa ?
Saudara berdiri di pihak yang mana ?”
Kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani yang kehilangan tanahnya.
Tanah-tanah di gunung telah dimiliki orang-orang kota.
Perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja.
Alat-alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya.
Tentu kita bertanya :
“Lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
Sekarang matahari, semakin tinggi.
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala.
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
Kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan ?
Sebentar lagi matahari akan tenggelam.
Malam akan tiba.
Cicak-cicak berbunyi di tembok.
Dan rembulan akan berlayar.
Tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda.
Akan hidup di dalam bermimpi.
Akan tumbuh di kebon belakang.
Dan esok hari
matahari akan terbit kembali.
Sementara hari baru menjelma.
Pertanyaan-pertanyaan kita menjadi hutan.
Atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra.
Di bawah matahari ini kita bertanya :
Ada yang menangis, ada yang mendera.
Ada yang habis, ada yang mengikis.
Dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !
Sungguh aku hambaNya yang puitis, suka pada syair dan puisi. Jika ku katakan, mungkin ada yang akan ketawa, menggelak, bahkan tergolek. Oh tidak, puisi itu membangkit jiwa. Walau tidak dapat menanding Al-Quran, namun pengisi perasaan kala gelap malam,kala minda habis bicara, kala letih datang bertalu-talu menghambat tulang empat kerat.
Demi nafas yang telah dihembuskan dalam kehidupanku, aku ingin menjadi yang terbaik. Menjadi mahasiswa peduli, jadi anak solehah, murid yang cemerlang, kakak yang bertanggungjawab, adik yang hormat, sahabat yang sayang sahabat.
Yang penting, hambaMu yang taat..tidak ingin khianat..menjauhi maksiat..buang dendam kesumat..
Apabila Umar bin Al-Khattab (RA) mengirim bala tentera di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqqas (RA) ke peperangan al-Qadisiyyah, beliau telah menasihati Saad: “Takutlah akan dosa kamu lebih dari musuh kamu kerana dosa kamu lebih merbahaya kepada kamu dari musuh kamu, Kita, orang-orang yang beriman akan hanya memperolehi kejayaan ke atas musuh kita kerana dosa mereka lebih besar dari kita, bukan di atas sebab lain. Jika dosa kita sama dengan dosa musuh, maka mereka pasti akan dapat mengalahkan kita kerana jumlah mereka yang ramai dan sumber mereka lebih banyak.”
Dan dengan itu, maka Saad (RA) meneruskan peperangan menentang tentera Parsi dan berpegang kepada nasihat Khalifahnya, beliau telah memenjarakan Abu Mahjan Ath-Thaqafi yang didapati meminum arak agar kehadirannya tidak akan menangguhkan kejayaan tentera Islam. Sehingga Abu Mahjan melahirkan perasaan sedihnya di tempat kurunganya, lalu beliau mengarang sebuah sajak yang menyentuh perasaan isteri Saad (RA) sehingga beliau membebaskan sementara Abu Mahjan agar beliau dapat menyertai peperangan bersama-sama saudaranya yang lain. Lalu Abu Mahjan keluar ke medan pertempuran dengan menunggang kuda milik Saad (RA) kerana pada ketika itu Saad sedang demam. Abu Mahjan telah berjuang dengan penuh keberanian sebelum pulang ke tempat kurungannya di waktu petang dan memakai sendiri ikatan pada kakinya.
Kejadian tersebut berterusan selama tiga hari sehingga Saad (RA) mendapat tahu tentang keberanian Abu Mahjan, beliau membuka ikatan Abu Mahjan sambil berkata: “Demi Allah! saya tidak akan mengurung engkau lagi kerana meminum arak!” Untuk itu Abu Mahjan menjawab, “Demi Allah! Aku tidak akan menyentuh arak lagi selepas hari ini!”
Mereka memperolehi kejayaan yang besar dan Saad (RA) melantik seorang sahabat yang bernama Salman al-Farisi (RA) sebagai pemimpin baru Parsi, yang menerima gaji sebanyak satu dirham sehari.
Kemenangan dan kekalahan, keuntungan dan kerugian, kejayaan dan kemunduran bukanlah disebabkan oleh wang yang banyak, sumber, jumlah atau kepandaian. Sebaliknya ia disebabkan oleh ketaatan dan keingkaran kepada Allah SWT.
Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal
|
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.
"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.
|
|
"di sekitar arsy ada menara-menara dari cahaya. di dalamnya ada org2 yang pakaiannya dari cahaya dan wajah2 mereka bercahaya. mereka bukan para nabi atau syuhada.
sahabat2 bertanya kepada Rasulullah,
"mereka adalah org2 yg saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah"