Thursday, July 16, 2009

...............hari ini dan semalam


"Wajah baru politik Malaysia" merupakan tulisan yang berani lagi lantang membuka pekung di dada para pimpinan dan sekaligus merangsang minda anak muda Malaysia agar sentiasa menjadi perintis perubahan yang kini berdepan dengan seribu satu realiti aneh yang terpaksa di depani.
Semalam, sempat menghadiri Siri Wacana Ilmiah bersama dengan Dr Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional. "Kita mulakan dari basic yang di anggap remeh oleh sesetengah masyarakat, kemudian barulah dapat kita perjuangkan apa idealisme yang kita laungkan", begitu lebih kurang maksud kata-kata mukaddimah beliau.
Ya, jadilah antum idealis, aktivis yang bergerak mindanya, bukan sahaja tahu mendengar apa sahaja arahan dan melakukan dengan taat. Tajdid ini memerlukan kita yang terus berfikir tentang permasalahan umat, sebagaimana sabda Rasulullah saw,
"bukan dari kalangan umatku mereka yang tidurnya
tanpa memikirkan tentang permasalah umatku"
Justeru, jika kita sebagai ummatun dakwah ini dapat lagi tidur dengan lena, mungkin perlu kita lihat semula apa dasar dan matlamat perjuangan yang kita sandarkan. Lagi-lagi, kita sebagai anak muda yang duduk di menara ilmu, yang melalui proses pendidikan hingga ke tahap yang tinggi ini.
Ku seru kepada sahabat-sahabatku yang asyik runsing dengan permasalahan diri sendiri, ayuhlah kita semua menggerakkan minda masing-masing demi memikirkan permasalahan umat yang lebih besar di kala menghadapi realiti seram abad 20 ini. Bukan menyeru agar meninggalkan semua kepentingan peribadi, tetapi jagalah dirimu agar umat ini juga terjaga denganmu.
Melihat situasi nasional, yang tidak henti-henti di asak dengan konflik dari segenap aspek kehidupan, kita dihujani dengan isu hangat, dari bab akidah yang menggemparkan seperti tidak lama dahulu yang hangat dengan isu Lina Joy, bab politik wang (walaupun banyak lagi kes yang masih tersimpan di laci kerajaan), isu perkauman (yang kini ingin ditutupi jurangnya dengan laungan "One Malaysia") malahan isu politik kotor beberapa pimpinan negara yang terhidu oleh hidung rakyat jelata.
Apapun yang telah atau bakal terjadi, kita sebagai insan terpilih yang hampir-hampir di dagangkan di tanah air sendiri, harus sedar bahawa semua ini hanya boleh diselesaikan dengan Islam. Jika kita mencari walau suatu undang-undang yang hampir-hampir sama dengan syariat Islam, kita tetap tidak berjaya melahirkan dunia yang aman damai tanpa sebarang kekacauan dan perpecahan.
Back to the basic and you can find the truth.