DI MANA DI CARI PEMUDA KAHFI?
Dimana dicari pemuda kahfi?
Terasing demi kebenaran hakiki…
Di mana jiwa pasukan Badar berani?
Menoreh nama mulia perkasa abadi…
Dimana dicari pemuda kahfi?
Terasing demi kebenaran hakiki…
Di mana jiwa pasukan Badar berani?
Menoreh nama mulia perkasa abadi…
Artikel ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat mahasiswa, keturunan Adam yang pertama sekali di cipta Allah di muka bumi sebagai satu simbolik yang pemuda harapan ini yang perlu berani ke hadapan. Satu golongan yang kita harapkan berada di baris hadapan membela agama Islam, bukanlah yang menjadi golongan pekerja di belakang arahan seorang wanita seperti zaman Rom dahulu kala.
Siapa tidak pernah mendengar tentang permainan catur. Minda mahasiswa perlu tergugat jika melihat konsep permainan catur kerana, siapa yang lebih berkuasa dan kehadapan dalam medang perang papan catur? Queen boleh bergerak bebas dan lebih menguasai medan berbanding King yang hanya dapat bergerak selangkah dalam setiap satu pergerakan.Tentera pula menjadi benteng dalam erti kata lain bergolok gadai demi suatu kerajaan pemerintahan yang sedang bersengketa. Atau dengan kata lain, mereka jugalah umpan dalam perang. Ada kerajaan rugi kalau mereka mati? Rasa-rasanya, hanya terkesan sedikit kerana king atau Queen mempunyai orang yang lebih kuat bersama seperti bishop, castle dan horse.kita tinggalkan medan catur dan mari kita melihat situasi negara kita hari ini. Isu demi isu dilontar, ada yang menjadi bom tangan memerangkap musuh, tidak kurang juga sebagai bola tanggung buat pihak lawan yang sentiasa bertelingkah.
Ayyuhal rijal,
Pertarungan aqidah, iman ,eksistensi dan peradaban menuntut kalian untuk bangkit menentang kezaliman pihak yang bijak pandai mencatur rakyat. Bukan ini tuduhan, cuma satu kenyataan lahir dari benak penulis.
Ayyuhal nisa',
Kalian tidak ingin menjadi bidadari bermata jeli yang menanti pemuda syahid yang di redhai Allah untukmu di syurga kelak dengan senyuman berseri? Kita bukan suri seorang pejuang yang hanya duduk menanti di rumah, bahkan kita juga harus berada di medan yang sama dengan pemuda harapan. Nisa', keadaan mutakhir ini menuntut agar kita segigih pemuda yang gagah, secekal hamba tawanan dan seberani srikandi zaman Baginda saw.
1 comment:
aku juga ingin melangkah berjuang tapi tidak ingin diri ini meninggalkan susah buat orang tua ku...
Post a Comment