Thursday, July 23, 2009

..............POLITIK SATU KEMUNGKARAN??


APAKAH URUSAN POLITIK SUATU KEMUNGKARAN?

Secara teorinya, urusan politik mempunyai urgensi dan kedudukan yang tersendiri dalam diri setiap insan di muka bumi. Seorang kanak-kanak pandai mengaplikasi politik dengan merengek berjam-jam lamanya hanya kerana ingin mendapatkan apa yang dihajatkannya. Begitu jugalah dengan minda kelas pertama mahasiswa zaman ini. Era menggugat telah lama di tinggalkan, dan yang tinggal hanyalah suatu era lembu di cucuk hidung.
Al-Imam Ibnu Qayyim mengutip perkataan Al-Imam Abul Wafa bahawa politik (siyasah) adalah suatu amla yang dengannya boleh menjadikan kita dekat kepada pembaikan dan lebih jauh dari kerosakan, selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Membawa jiwa meneroka alam sirah Rasulullah saw, baginda merupakan seorang politikus, di samping sebagai seorang mubaligh, muallim, hakim dan juga memegang banyak taklifan lain. Baginda adalah pemimpin daulah dan pemimpin ummah, sehingga lahirlah kita sebagai umat akhir zaman ini.
Tetapi manusia zaman sekarang, khususnya di negara yang di laungkan dengan pelbagai slogan keamanan dan perpaduan, justeru merasa takut dengan apa-apa yang sinonim dengan politik atau pun dengan apa-apa sahaja yang berbau politik. Apakah salah yang di bawa oleh Rasulullah saw yang kaya dengan fiqh siyasah baginda? Atau tangan-tangan manusia kala ini yang mengotori dunia politik yang sebelum ini bersih dari segala aspek.
Jangan pula anda terkejut jika di sini saya mengatakan bahawa Islam banyak mengajar umatnya berpolitik dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pakaian hijab seorang muslimah merupakan pakaian politik yang diajarkan kepada kita. Kenapa di panggil pakaian politik?? Tentulah kerana di sebalik di syariatkan hijab bagi muslimah terselindung satu politik agar para muslimah terselamt dari segala fitnah, atau segala macam ancaman keselamatan. Wanita itu kan fitnah terbesar dunia. Bukankah telah banyak kajian bahawa pemakaian hijab banyak faedahnya. Kalau hendak di ceritakan secara terperinci, tentu panjang lebar menyebabkan ada yang tertidur di depan laptop. :)
Selepas ini, mungkin sahaja ramai yang akan menyebut solat di tanah lapang bukan sebagai solat sahaja tetapi merupakan solat politik. Dan mungkin juga iktikaf di masjid itu di lihat sebagai satu politik yang di syariatkan dalam Islam. Apa pun, mmoga tidak salah pentafsiran anda terhadap perkataan politik ini sehingga membentuk satu keadaan fobia dengan politik.
Ingatlah, bukan salah dengan politik, tetapi tangan-tangan manusia lah yang mengotorinya.