Sunday, May 31, 2009

..........KETIKA DETIK LAHIRKU..



Mungkin agak terlewat utk post tentang cerita detik ulang tahun kelahiranku. terima kasih buat sahabat2 yang masih mengingati detik terindah buat sang ibu dan juga sang ayah 21 tahun yang lalu. di tengah hari menjelang sembahyang Jumaat di rumahku, ibu menahan sakit dek anaknya yang nakal ini tidak sabar2 untuk melihat dunia apatah lagi lahirnya pada suatu hari yang mulia, hari Jumaat. 11 syawal 1407, kalau tak silap, aku selamat dilahirkan ke dunia.selepas itulah bermula detik turun naik, hingar bingar, kacau bilau dalam keluarga. sebagai anak ke-4 dari 9 orang yang sama-sama berkongsi suka duka zaman kecilku, akhirnya kini selamat melanjutkan studyku menuntut ilmu, permata cordova yang telah lama tercicir di celah masyarakat dunia..USM jadi pilihan hati...
Terima kasih buat ummi yang penat lelah bertarung nyawa ketika detik menjelang sembahyang jumaat 21 tahun yang lalu.
terima kasih kerana menjadi asbab hamba yang hina ini lahir berjuang di muka bumi-Nya.

terima kasih kerana sanggup menanggung beban 9 bulan mengandungkan anakmu ini..
terima kasih atas setiap titis susu ibu yang masuk menjadi darah daging anakmu..

terima kasih atas didikan dan tarbiyah yang sehingga kini menjadikan anakmu seperti ini...yang kenal hakikat dirinya, tidak lain tidak bukan sebagai seornag hamba yang kerdil lagi lemah..

terima kasih atas setiap suapan dari nikmat kurnia Allah yang masuk ke dalam tubuh ini...

terima kasih kerana menjaga tika sihat mahupun sakitku, tika saat2 getir menjadi tamu kita sekeluarga...saat tengah malam menuntut jaga malam mu

terima kasih kerana sanggup makan hati berulam jantung setiap kali terasa hati dengan kedegilan dan kenakalan anakmu..dengan karenah yang cukup memeningkan kepala ummi..


YANG TIDAK TERHINGGA, SYUKUR ATASMU YA ALLAH KERANA MEMBERI HAMBA MU PELUANG UNTUK BERBAKTI KEPADA UMMI KU.. JUA PELUANG UNTUK MENDOAKAN KEBAHAGIAAN UMMI DUNIA DAN AKHIRAT..


YA ALLAH, REZEKIKAN KAMI BERTEMU SEMULA DI SYURGAMU SEBAGAI SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA..AMIN..




Friday, May 22, 2009

......................2 KOTAK TORA KETIKA 5.30 PETANG


Mesti ramai yang pelik dengan tajuk posting kali ni..m..ya la, time kecik2 dulu, teringin sangat nak main tora...setiap edition kalau boleh, nak buat koleksi. ada-ada je..yang nak di kisahkan kat sini bukan kerana nak mengimbau kenangan kecik2 dulu tapi nilai yang jauh lebih besar daripada itu..

NILAI SEBUAH PENGORBANAN
Naik motor petang tadi dengan seorang sahabat di tengah kesibukan pulau mutiara di berikan rezeki untuk melihat situasi yang sungguh mengharukan..seorang ayah sedang leka membelek-belek 2 kotak mainan (tora)..Ya Allah, Engkau perlihatkan satu adegan pengorbanan..agar hamba ini bersyukur kerana diri ini mempunyai seorang ayah..walau siapa, walau bagaimana keadaannya..

agar hamba ini mengambil pengajaran..bila di sisi seorang suami yang bergelar ayah, sentiasalah bakar semangatnya agar terus berkorban..kerana hidup ini hanya indah jika kita memberi..agar yang di bawa pulang adalah yang halal dan baik..kerana itu yang menjadi sumber kebahagiaan keturunan cucu cicitmu..
bila di sisi seorang ayah yang lelah berkorban siang malam untuk kecukupanmu...agar kau sentiasa bersyukur dengan hadiah yang tidak ternilai daripada Allah itu...




mahkamah rayuan : tiga hakim putus nizar kalah

( berita penuh dari harakahdaily.net)
Wan Nordin Wan Yaacob Fri May 22, 09 3:55:59 pm MYT
PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi. Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah. Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak. Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan. Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya. Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman. Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.
Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama adaNizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan. "Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya. Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu. "Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya. Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional. "Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.

"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).
"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.
Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu. "Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.
"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.
Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi. Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi. Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikanNizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat. Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai. Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. - azm/mks. _ -->

Thursday, May 21, 2009

realistik atau tidak filem "BOHSIA" ?



22 Mei 2009- Tidak lama dahulu, kita di gemparkan dengan fatwa yang di keluarkan oleh seorang penceramah bebas tentang isu bohsia, pelacuran sehingga menjadikan beliau semakin tenggelam di bawa arus pemikiran liberal yang di bawanya. Kini, timbul pula isu filem 'BOHSIA" yang membuka minda "sejauh mana filem melayu ini realistik sebagai wadah menyedarkan golongan yang tersasar ini?"

Buat para daie,
sedarlah kalian bahawa Allah sedang membangunkan kita agar tidak sentiasa nyenyak di zon selesa. sedarlah bahawa tugas kita kian memberat di bahu.

Tahniah buat SIGMA (serikandi gerakan muslimat muda), di bawah nasihat Saudari Rafidah Salleh yang memacu gerakan muslimat agar dunia memandang muslimat bukan lagi beban yang perlu di galas, seperti kata-kata penasihat muda ini, “SIGMA: TOWARDS UNDERSTANDING WOMEN RIGHTS FROM ISLAMIC VIEWS”.

SIGMA untuk langkah pertama ini mengambil isu "BOHSIA" sebagai core business untuk turun bersama masyarakat. Moga usaha yang kecil lagi berat ini di terima oleh-Nya.

Wednesday, May 13, 2009

MODEL KELUARGA MUSLIM



14 Mei 2009- m...pening...nak post apa ya...tetiba terdetik nak cari buku bab keluarga..terjumpa slideshow yang cukup untuk sesiapa sahaja yang membacanya muhasabah prinsip baitul muslim yang telah lama teguh dalam diri.




KELUARGA MUSLIM SEHARUSNYA MENGETAHUI HAL INI:




1. ketika ingin menikah
  • janganlah mencari isteri tetapi carilah ibu untuk anak-anak kita

  • janganlah mencari seorang suami tetapi carilah ayah yang baik untuk anak-anak kita


2. ketika melamar
anda bukannya sedang meminta kepada wali si gadis tetapi meminta daripada Allah melalui wali si gadis


3. ketika akad nikah
anda berdua bukan sahaja menikah di hadapan orang ramai tetapi menikah di hadapan Allah

4. ketika resepsi pernikahan
anda patut menghitung semua tamu yang hadir untuk mendoakan kebahagiaan anda kerana anda harus berfikir untuk menjemput mereka dan meminta maaf kerana mengecewakan mereka dengan perceraian yang anda pilih.


5. sejak malam pertama
bersyukur dan bersabarlah kerana:
anda berdua adalah sepasang anak adam dan bukannya sepasang malaikat

6. hidup selama berkeluarga
sedarilah bahawa jalan yang anda pilih ini tiddak bertaur bunga yang indah belaka tetapi penuh onak dan cabaran yang memerlukan kesabaran


7. ketika mula goyah
jangan saling melepaskan tangan justeru makin kuat berpegangan


8. ketika belum dikurniai cahaya mata
gunakan kesempatan untuk berdua menyelami rasa bahagia 100%


9. ketika sinar bahagia muncul kerana kelahiran anak-anak
berikan masing-masing 100% cinta anda :
a. isteri / suami -100%
b. anak-anak - 100%

10. bila tahap ekonomi masih belum stabil
yakinlah rezeki Allah berkadar terus dengan tahap kesetiaan dan
ketaatan suami isteri

11. ketika ekonomi kian pulih
jangan lupa jasa isteri/ suami kita yang mendampingi
ketika zaman derita dan susah

12. ketika mendidik anak-anak
  • anak-anak mudah menerima didikan andai kita jujur dengan mereka
  • tidak ada anak-anak yang tidak ingin bekerjasama dengan ibubapa tetapi boleh jadi sekiranya mereka merasakan bahawa ibubapa tidak ingin mendengar dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak.

13. bila banyak tekanan yang menghimpit dirimu

janganlah mencari ketenangan di luar kerana penawar yang sebenar ada di rumahmu

  • isteri / suami
  • anak-anak


14. ketika memilih corak potret keluarga

pilihlah potret sekolah menuju potret sebuah masjid



15. ingin kekal harmoni??

rasai kebahagiaan bila anda rasa ingin selalu memberi bukan menanyakan hak-hak anda untuk sentiasa menerima





ASMA UL-HUSNA


Monday, May 11, 2009

BILA KEHINAAN MENIMPA MEREKA YANG INGKAR


12 Mei 2009- Lihat sahaja bukti kekuasaan Allah yang bisa menimpakan kehinaan di tunjukkan di depan mata rakyat mahupun media yang selama ini pandai bermain di sebalik tabir jawatan dan pangkat yang menjadikan mereka buta untuk melihat kebenaran yang terang lagi bersuluh. Maka nikmat Allah yang manakah yang dapat mereka dustakan. dan begitu juga siksa dan balasan buruk atas golongan yang berbuat ingkar.


Kes ragut yang menggemparkan seluruh rakyat, ragut beg tangan wanita hamil sehiingga menyebabkan mangsa meninggal dunia, bahkan lagi teruk ialah ragut kerusi yang berlaku hampir sebulan yang lalu. Mengapa mereka begitu rakus mengejar hak yang bukan milik mereka sendiri.


Perak - Masih kedengaran lagi isu pembubaran DUN walaupun apa yang terjadi di Perak adalah perkenan Kebawahduli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah.Bila sesuatu yang terjadi tidak menyebelahi mereka,kredibeliti sultan juga mampu dipertikaikan,hanya kerana kuasa.Saya melihat perkara ini harus dihisab dari diri sendiri oleh setiap pemimpin mahupun ahli pembangkang.
HAK PASTI TERTEGAK..MUSNAHLAH YANG BATIL..