Saturday, May 9, 2009

KAU SUNTIK SEMANGAT DI JIWA YANG GERSANG

Hadirin yang ku kagumi perjuangannya..

9 Mei o9- Menjelang hujung minggu, hajat hati ingin merehatkan diri dengan hanya berkarya di alam maya, namun, Dia lebih mengetahui dan lebih baik perancanganNya. Saat diri ini sangat memerlukan satu suntikan semangat dek merundumnya graf semangat kesrikandian dalam diri setelah penat bertarung dalam final exam semester yang ke-4 ni. Kecerunan menjadi negatif lantaran jiwa kosong beberapa ketika tanpa program yang menemukanku dengan masyarakat, ruang yang agak mengongkong diri dari terus bersiasah dengan masyarakat yang ku kira sebagai penyuntik semangat untuk terus berjuang. Dari sana aku datang dan ke sana akan ku kembali. Takkan ku sia-siakan duit rakyat yang menanggung biaya pendidikanku sehingga ke tahap ini..




alhamdulillah, Allah pilih diri ini untuk sama-sama turut serta dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Pulau Pinang ke -20 di Sungai Acheh (bukan aceh yang kena tsunami tu tapi Sg Acheh p.pinang). Terasa kerdil lagi dalam jalan perjuangan ini jika di banding dengan pengalaman dan ilmu mereka yang boleh ku panggil saja makcik-makcik atau kakak-kakak. Bertuah badan terpilih di jalan ini, sebab dapat ku bayangkan jika ku terus terperuk jauh di hujung kampung tanpa melanjutkan pelajaran jauh di perantauan ni, belum tentu fikrah yang 'TOTAL BLUE' ni jadi putih dan diwarnakan dengan hijau. Bak kata sahabat-sahabat tercinta, 'berdarah hijau pekat'..m...agak kelakar gelaran tu. Apa yang ingin ku bandingkan di sini adalah, 'makcik-makcik' yang tak pernah belajar sampai tamat tingkatan tiga pun faham erti perjuangan menegakkan Islam tercinta, apa pula yang menjadi alasan mereka yang dah belajar sampai ke universiti untuk melarikan diri dari medan ini. nauzubillah min dzalik..


Lucu juga terkenang kata-kata Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nurul Huda yang banyak menyentuh bab peranan seorang ahli parti atau gelaran yang lebih saya rasa sesuai 'hamba yang beraqidahkan Islam'. " Silap siapa bila orang tertanya sebab meruncing gejala songsang dalam masyarakat hari ini? adakah salah

A. ibu mengandung sebab melahirkan si pesalah ke dunia, atau

B. salah institusi keluarga yang gagal mencapai mardhatillah, ataupun

C. salah sistem pendidikan negara yang nyata adalah berwahana materialistik?"


Saya ingin menambah pilihan jawapan di sini,


D. sikap beragama yang sinkreteis( sikap yang membenci ajaran agama sendiri)

E. sistem perundangan yang gagal menerobos hati rakyat lantaran ingkar suruhan Allah Taala kerana menolak dan menafikan hukum yang temaktub dalam al-quran..alasannya kerana kita nak menjaga integrasi kaum..tapi sejauh mana mereka berhujah dengan dalil yang bisa berkompromi atas isu ini?


renung-renung dan fikir-fikirkanlah jawapannya.









No comments: