Saya dan dia tahu ungkapan itu. Kami jelas maksud di sebaliknya. Kami faham ia. Malah kami bersetuju dengan ungkapan itu. Seorang lelaki adalah pelindung bagi seorang wanita. Lelaki buat wanita ibarat mega yang meneduhi insan daripada panahan sinar mentari. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Hawa lahir dari tulang rusuk kiri Adam. Wujudnya Hawa kerana rindu dan sepi Adam. Jelas! Lelaki perlukan kelembutan dan mawaddah wanita. Wanita perlukan kekuatan dan semangat lelaki.
Saya terkilan. Hati saya meruntun mencari jawapan pada keterlanjuran sikapnya. Hairan! Begitu mudah dia melupakan makna ungkapan yang kami pegang selama ini.
Dia rafiq terakrab saya. Tidak keterlaluan jika saya katakana, antara beribu bintang yang berkerdipan di lelangit malam, dialah kejora yang berkilau megah. Sudah lama kami tidak ketemu. Tapi hari ini tika saya sedang membelek-belek halaman hadapan Warta Perdana, satu warkah biru saya terima. Tersisip kemas lipatannya dalam sampul papyrus coklat.
Tangan kanan mula bertindak balas menyiat bucu sampul surat, tanda menyetujui impuls yang dihantar otak. Naluri tertanya-tanya pengirimnya.
107, Umar Thusuh Street,
Damanhour, Mesir.
24 Oktober 2002.
Assalamualaikum wbt,
Salam sesuci embun pagi kuhulurkan buat sahabat yang senantiasa di ingatan ini. Moga dirimu sihat hendaknya serta berada di bawah lembayung Rahmat dan Maghfirah Ilahi. Maafkanku kerana sudah lama tidak mengutusimu. Diam bukan bererti lupa. Percayalah! Namamu sentiasa wujud dalam kalam doaku.
Muadz,
Kalau mampu aku benamkan segala nestapa yang bersarang di lubuk jiwa ini ke dasar Laut Merah, akan aku lakukan. Kalau boleh aku hanyutkan segala memori yang meracun fikiran ini ke Sungai Nil, akan aku usahakan. Kalau bisa aku lontarkan segala noda hitam yang menghantui diri ini ke Piramid Ghazi, akan aku laksanakan. Tapi Allah Maha Adil. Segala duri dosa tertancap kembali ke dada ini. Walau lukanya hampir sembuh, namun pedih dan parutnya masih ada.
Kini aku ibarat pungguk yang rindukan sang qamar. Aku tahu, pungguk pastinya tidak mampu menggapai sang qamar yang nun jauh di persada malam. Tapi aku terlalu merinduinya, Muadz! Dan nyalaan rindu ini tidakkan pernah padam mahupun pudar dari kandil jiwaku.
Saya bingung. Naluri saya meruntun mahu tahu apa titik hitam yang telah tercoret dalam kamus hidupnya. Siapa yang dia rindukan? Terlalu istimewakah insan itu? Saya susuri bait kalam warkahnya.
Muadz,
Sejak kau membawa haluanmu dan aku membawa haluanku, kita terus terpisah. Tika itu aku tercari-cari rafiq sejujur dan sebaikmu. Nyata, ummi dan baba memahaminya. Ummi dan baba telah menyunting kuntuman wardah di bustan Imam Haji Ismail untukku.
Wardah seindah namanya. Seharum puspa yang mewangi di taman. Tersusun bait bicaranya. Sopan gerak-gerinya. Mahmudah sifat yang dipertontonkannya. Kukira tiada palitan cela padanya. Wardah berkembang mekar di bustan jiwaku. Kusiraminya dengan titisan kasih dan cintaku.
Setahun aku mengikat kasih bersama Wardah. Kami berdua telah bersetuju untuk membina mahligai bahagia setelah tamat pengajian. Tapi takdir telah menentukan kami berjauhan. Mungkin ingin menguji kesetiaan dan kejujuran antara dua insan ini. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Wardah pula meneruskan pengajiaannya dalam jurusan Syariah Islamiah di Universiti Malaya.
Kini saya faham sedikit-sebanyak susur-galur kisahnya. Terus-terusan mata saya melirik tiap kalimah yang tertulis.
Muadz,
Setelah setahun di rantau orang, aku makin faham asam garam kehidupan. Tapi fahamanku jelas tersimpang daripada adat budaya timur. Malah, lebih tersimpang jauh apabila fahamanku tersasar terus dari corak Islami. Entah bebayang hitam mana yang datang membaluti roh dan jasadku, hingga aku tidak sedar semakin hari aku semakin hanyut dibawa arus barat.
Benteng imanku runtuh persis runtuhnya World Trade Centre. Aku lupa pada pencipta. Aku cuai dengan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Aku lalai dengan tugasku sebagai seorang pelajar. Hari demi hari aku semakin lupa, cuai dan lalai.
Di sana aku lebih gemar keluar berfoya-foya di pub-pub berbanding keluar ke perpustakaan mentelaah pelajaran. Aku banyak menghabiskan masa berhibur dengan hiburan yang melalaikan daripada menghabiskan masaku di tikar sembanhyang menghadap Yang Kuasa,. Aku lebih suka bergelak ketawa bersama teman-teman daripada menitiskan air mata menangisi tiap dosa yang telah aku lakukan.
Aku pernah melakukan noda hitam yang tidak mampu aku basuh walau dengan tujuh lautan sekalipun. Mungkin payah untuk kau mempercayainya. Tapi diri ini telah tersalut dengan debuan duniawi yang aku sendiri sukar untuk membersihkan diriku daripada debu hitam itu. Darah yang mengalir dalam tubuh ini terlalu kotor dan jijik kerana aku telah berkali-kali meneguk air haram itu. Benarlah sabda Rasulullah SAW, “Arak adalah ibu kepada segala kemaksiatan”. Malam itu aku hanyutkan bahtera dan berlayar bersama si jelita Sandra Lane. Aku berdosa, Muadz! Terlalu berdosa!
Hati saya berdebar-debar. Jantung saya berdegup kencang. Aliran darah berlari deras di segenap kapilari. Bagaimana rafiq yang sama-sama belajar di sekolah agama dulu, boleh kecundang dengan hembusan syaitan dan nafsu? Ah! Rapuh sekali kota imannya. Lemah sekali benteng pertahanan dirinya. Ya Allah! Hindarkan kami daripada terjerumus ke lembah kehinaan.
Muadz,
Dalam masa yang sama, warkah dari Wardah tidak jemu-jemu aku terima. Kandungan warkah itu pasti terselit kalimah nasihat dan kalam semangat daripadanya., Dia sering menasihatkanku supaya tidak meninggalkan solat kerana solat merupakan tiang agama dan pencegah kepada kemungkaran. Dia juga tidak lupa menyuruhku belajar bersungguh-sungguh dan tidak menghampakan harapan ummi dan baba serta harapan yang dia letakkan padaku. Wardah menyuruhku bijak memilih sahabat. Katanya sahabat yang mulia adalah sahabat yang mengajak kita ke arah kebenaran dan bukannya mengheret kita ke kancah kebatilan dan kemaksiatan.
Tapi entah di mana silapnya, Wardah kian hari kian layu dari jambangan jiwaku. Nasihat dan tegurannya langsung tidak kupedulikan. Surat-suratnya tidak pernah aku balas malah kubakulsampahkan. Aku sedar Muadz, aku kejam! Terlalu kejam!
Saya terpinga-pinga. Pintu hati saya diketuk persoalan. Begitu mudah cinta dilupakan. Begitu senang kasih dipersiakan. Walaupun dia rafiq terakrab saya, tapi saya kira dia boleh dihukum sebagai seorang insan yang lompang setianya dan kurang jujurnya.
Muadz,
Aku kembali ke tanah air dengan tangan kosong, tanpa sebarang ijazah. Geruh hati ummi dan baba melihat keadaan diriku. Hatiku keras bak batu di gigi pantai walaupun berkali-kali dimarahi dan ditegur mereka. Aku bawa pulang warna hidupku di sana untuk aku corakkan penghidupankiu di sini. Aku palitkan warna hitam pada gaya hidupku walau sudah kutinggalkan bumi barat dan telah kujejakkan kakiku di bumi timur.
Aku kesunyian tanpa teman-teman sealiran lebih-lebih lagi tanpa Sandra. Wardah tidak pernah aku temui. Malah dia sudah kuanggap mati dari kotak memoriku. Tapi suatu hari aku terserempak dengannya. Dia pulang bercuti. Wardah tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun. Berjubah hijau pekat dan bertudung labuh hijau muda. Dia seakan-akan terkejut kerana tidak diberitahu tentang kepulanganku. Aku membalas senyumannya yang kukira pekat kerana dibuat-buat. Kami berbual dan bertanya khabar walaupun naluriku meronta-ronta tidak setuju.
Aku terpaksa ke rumah Wardah setelah didesak oleh ummi dan baba. Wardah menyambutku di muka pintu. Entah mengapa jiwaku muak memandang wajahnya. Hatiku meluat mendengar bicaranya. Rasanya mahu saja aku lari pulang. Tapi aku terpaksa kerana dipaksa. Aku tahu, Wardah sedar akan sikap dinginku padanya. Sepatah pertanyaannya, sepatah jualah jawapanku. Namun dia seorang wanita yang tabah dan sabar dengan kerenah dan sikapku.
Pada Wardah, kesetiaan dan sayangnya padaku masih mewangi persis kasturi tapi aku sebaliknya. Kasih yang terjalin antara kami dahulu kuanggap terlerai kini. Pawana cinta yang bertiup dahulu kian hambar hembusannya. Dan waktu itu aku mengharapkan Wardah faham yang aku tidak mampu untuk membina mahligai bahagia bersamanya.
Sejak aku pulang, hanya sekali itu sajalah aku bertemu Wardah. Aku tidak pernah bertanya khabarnya apatah lagi menelefonnya. Dia kuanggap seperti tidak pernah wujud dalam lipatan sejarah hidupku. Tapi Wardah gadis mulia. Dia tidak pernah menrungut malah masih mampu menjadi perindu setia cinta kami. Aku cuba bersikap dingin padanya supaya dia meminta ikatan pertunangan kami diputuskan. Tapi gadis bernama Wardah ini tebal sabarnya, kukuh kasihnya padaku.
Hambusan bayu cinta Sandra, mata jelinya yang memukau, potongan tubuhnya, gerak-gerinya yang menggoda dan layanan yang diberikan padaku membuatkan aku terus-terusan meminggirkan Wardah. Pada waktu itu kurasakan Wardah kurang segala-galanya dan pada Sandralah kuletakkan segala harapanku. Walau Sandra jauh di mata namun dekat di hati. Bil telefon menjulang tinggi kerana aku sering menghubunginya. Aku rindukan suara romantisnya. Aku dambakan belaiannya. Aku gila bayang, Muadz!
Hati saya membara. Kecewa dengan sikap sang rafiq yang luput setianya pada sillaturrahim yang suci. Dia kelabu memilih yang mana intan dan yang mana kaca. Saya singkap tabir warkah seterusnya.
Muadz,
Cinta dan sayangku kini bertaut di tangkai hati Sandra. Aku melonjak keriangan apabila Sandra menyatakan padaku dia akan datang ke Malaysia menemuiku. Entah apa yang didamba, entah apa yang dicari oleh aku yang bernama lelaki. Walhal, di hadapanku jambangan puspa wardah yang mewangi setia menanti.
Aku hanyut dalam usap belai Sandra. Dosa dan pahala tidak kuhiraukan. Akulah sang kumbang yang hampir mati dalam sakar madu sang bunga. Takdir Allah, aku terserempak dengan Wardah. Waktu itu, aku dan Sandra berjalan berpeluk-pelukan. Aku nampak Wardah, tetapi dia tidak kupedulikan. Langsung tiada perasaan malu atau rasa bersalah muncul dalam diri. Pastinya Wardah terkejut dengan perbuatan sundalku itu atau setidak-tidaknya hairan dengan tingkah-lakuku yang jelas melanggar batasan adat dan syariat.
Malam itu kuterima panggilan telefon dari Wardah. Lembut suaranya, tersusun bait bicaranya. Kukira pasti ada taufan yang melanda jiwa sucinya namun anggapanku tersasar. Dia memintaku memberikan penjelasan. Katanya dia mahu mendengar dahulu pengakuan dariku sebelum dia meluahkan apa yang terbulu di lubuk hatinya. Ah, perempuan itu! Sabarnya tiada bertepi.
Malam pekat itu menjadi saksi segala-galanya. Aku katakana pada Wardah yang sayangku padanya telah lama luntur. Kasihku padanya telah lama berinjak pada Sandra. Dan pada malam itu juga, permata jernih tumpah dari birai matanya lantaran pengakuanku. Aku tahu hatinya terguris. Hati wanita ibarat kaca. Andai terhempas, kalau tidak pecah pun, pasti ada retaknya.
Atas permintaan Wardah, aku dan dia bertemu untuk kali terakhir. Katanya ada perkara yang ingin dibicarakan. Mulanya aku enggan tapi setelah Wardah meyakinkanku yang ia tiada kaitan dengan perhubungan kami,aku bersetuju.
Satu tamparan hebat menerobos atma ini tatkala Wardah membentangkan satu persatu noda hitam yang pernah kulakukan sewaktu di Amerika dahulu di hadapanku. Aku tidak pasti dari sumber mana dia mengetahui semua itu tapi aku yakin pasti ada sahabatku di sana yang menjadi mata-mata untuknya. Wah, hebat sekali wanita ini!
Bertubi-tubi nasihat ditujahkan padaku. Dan yang paling menggetarkan segenap roh dan jasadku ialah ayat Al-Quran yang bermaksud “Jangan kau hampiri zina.”
Aku tahu aku kalah dengan tancapan bias kata-kata Wardah. Tapi kerana egoku mengatasi segla-galanya, aku humbankan Wardah dengan kata-kata kesat. Aku memarahinya dan menyuruhnya supaya tidak mencampuri urusanku. Kulihat ada memanik jernih membasahi pipinya dan ada sejalur sinar kecewa di wajah ayunya.
Namun, entah syaitan mana yang merasukku ketika itu, aku menampar pipi Wardah. Dia terjatuh hingga kepalanya terhantuk pada batu lalu berdarah. Aku kaget. Panik. Serasa dadaku ditindih sesuatu. Pantas, Wardah kurangkul dan terus kubawa ke hospital.
Degupan jantung saya makin laju. Dia memang bukan rafiq yang saya kenal dahulu. Dia tidak mudah hilang pertimbangan. Namun kini dia telah berubah.
Muadz,
Wardah koma. Doktor mengatakan ada pendarahan pada otaknya. Dia mungkin akan hilang ingatan. Rembesan memanik jernih dari kolam mataku tidak henti-henti mengalir. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Seharian di sisi Wardah, aku kenangkan kembali setiap kalimahnya. Aku renungkan kembali bicara yang dihamparkan olehnya. Aku lempar ego jantanku jauh-jauh. Warna mazmumah yang terpalit di lubuk jiwa perlu aku padamkan dan kuganti dengan coretan warna mahmudah. Sampai bila aku harus hanyut? Benar kata Wardah, adakah aku akan bertaubat setelah kapan putih membaluti jasad? Adakah aku akan insaf setelah kerandaku di usung ke liang lahad?
Seluruh kesyukuran dirafa’kan pada-Nya kerana Wardah tersedar jua setelah koma selama seminggu. Suatu keajaiban, Wardah masih mengenaliku, kenal kami semua. Seluruh keluarga bersyukur dan bergembira lebih-lebih lagi diri ini. Aku telah benyak bersalah dan menyakiti hatinya. Kini Wardah kembali mekar di bustan jiwaku dan aku rasa sungguh bertuah kerana Wardah sudi memaafkanku dan menerimaku semula. Sadra? Dia hanya mempermain-mainkanku selama ini. Aku hanyalah suatu persinggahan, tempatnya melampias nafsu dan melepas kesepian yang bersarang di jiwa. Ah! Aku menghina diri sendiri. Terasa kejinya aku. Rupa-rupanya dia telah lama menjalin hubungan dengan Alex, jua temanku ketika di Amerika dahulu. Dan perlahan-lahan aku menolak bayangannya jauh ke dada langit.
Saya seka air mata yang membasahi pipi. Janji Allah adalah benar. Dia pasti bersama-sama hamba-Nya yang sabar dan tabah seperti Wardah.
Muadz,
Wardah masih di hospital. Menjalani rawqatan susulan, memastikan dirinya benar-benar pulih. Suatu hari Wardah membisikkan kalam yang meruntun naluri ini. Katanya, kita bagai musafir kelana di bumi Allah ini. Setiap musafir pasti ada destinasinya masing-masing. Semuanya terserah kepada kita untuk memilih dentinasi tersebut samada ke arah yang baik atau sebaliknya. Dan destinasi abadi pastinya ke Alam Baqa’.
Kita sebagai yang dicipta perlu mematuhi segala suruhan Pencipta dan meninggalkan larangan-Nya. Segala yang ditetapkan bukanlah bertujuan untuk memberatkan hamba-hamba-Nya, Cuma sekadar ingin menguji sejauh mana kasih dan setianya kita pada-Nya.
Allah tidak pernah lokek untuk memberikan nikmat-Nya buat kita. Samada kita bersyukur atau kufur dengan nikmat-Nya, dia masih melimpahkan nikmat secara percuma kepada kita. Betapa kasih dan sayanganya Allah pada kita!
Tersentuh naluri ini mendengar kalamnya, Muadz! Wardah memang puspa wangi yang beruntung jika dimiliki. Dia punya segala-galanya. Tidak keterlaluan jika aku katakan, ketaatannya sekamil Rabiatul Adawiyah, hatinya setulus Siti Aisyah, budinya seluhur Siti Khadijah, kebijaksanaannya sejernih Siti A’isyah.
Muadz,
Tiada siapa menduga, itulah kali terakhir aku mendengar bicara indah dari bibirnya. Itulah kali terakhir aku menatap wajahnya nan ayu. Wardah pergi tika fajar menyinsing di kaki langit. Allah lebih menyayanginya. Dan aku? Sungguh! Aku tidak akan memaafkan diriku buat selama-lamanya.
Aku bagai merpati yang patah sayapnya. Nur bahagia yang kukira telah menyinar kegelapan hati hilang bersama senja nan merah. Yang tinggal padaku hanyalah memori pengubat rindu. Kini aku bawa haluanku ke bumi anbiya’ menyambung cita-cita Wardah yang terputus di pertengahan jalan. Moga Allah menerima taubat hamba-Nya yang hina dan dhoif ini. Doakan kejayaanku. Moga-moga aku tidak terpesong arah lagi. Dan Wardah….Dia abadi sebagai srikandi cintaku….
Yang benar,
Haikal Wajdi
Saya terpaku. Tidak menyangka kisah dia berkesudahan begini. Benar! Wanita adalah sayap kiri buat kaum Adam. Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di belakang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita mulia yang sentiasa memberi semangat dan dorongan padanya. Dan saya akui kebenarannya. Haikal mungkin terlambat tapi saya masih ada masa. Di sisi saya ada tiga wanita yang perlu saya lindungi, yang perlu saya kasihi. Ibu, isteri dan puteri comel, pengikat kasih saya dan isteri. Dan merekalah srikandi cinta saya….

No comments:
Post a Comment