Ingin kubunuh engkau wahai pencuri hatiku. Kala langit nebula sejenak, aku nekad. Langkah kuhayun kemas. Pedang dendam kuhunus. Kau terkesima. Terantai diri, terpaku kaku. Algojo meresap ke daerah metabolismaku. Aku ketawa. Ketawa kuat. Kau bakal mati di tangan perempuan ini! Pedangku sudah mula dahagakan darahmu. Pengkhianat cinta! Kilauan pedangku mencantas cabang lidahmu yang pernah mengunci diriku dengan kata-kata syahdumu. Lantas hunusan pedangku mula merobek hatimu. Katamu dulu, akulah penghuni hati itu. Ah! Dulu gadis ini mudah kau dustai tapi hari ini aku tidak akan percaya dengan kalimah yang terlontar dari mulutmu.
Ha…ha…ha! Kau luka parah. Terlalu parah! Darah merahmu memercik ke lantai bumi. Jijik aku memandangmu. Hanyir sinusku terhidu air darah itu. Sakit? Sakitkah? Begitulah sakitnya perasaan dan jiwa perempuanku saat kau menjauhkan diri daripadaku. Malah, lebih pedih dan sakit daripada apa yang kau alami sekarang. Pengkhianat cinta! Cinta? Huh! Cinta!! Cintakah itu andai semasa senang bersama, tetapi saat kesukaran datang menghimpit, kau mula pergi dan hilang entah ke mana. Cintakah itu andai sekadar melampias nafsu, menjaring iman? Cintakah itu andai maruah dilempar dari jendela hidup? Cintakah itu andai pengakhirannya bukan di gerbang yang halal?
“Arghhh!!!”
Hentikan eranganmu.
“Arghhh!!!”
Hentikan! Kataku, hentikan!
Pada suatu masa dulu, aku pernah jadi penagih cintamu. Hidangan candu cinta badani di setiap malamku hanyalah bersamamu. Aku jadi khayal kerana aku gadis yang fakir kasih sayang. Aku mencari kasih. Aku mendamba sayang. Salahku kerana mencari kasih sayang daripada makhluk sepertimu. Salahku kerana lupa pada kekasih yang tidak pernah meninggalkanku walau sedetik. Salahku kerana terpedaya dengan perangkap bicara manismu. Renjisan kasih yang membasahi taman hatiku ketika bersamamu, menghijaukan pepohon rindu. Setiap saat, setiap waktu, zikirku hanya namamu. Tapi suatu hari, dajjalmu merasuk setiap urat nadi dan belulang. Mahkota yang kujaga telah kau rampas. Aku rasa berdosa. Hitam! Kotor! Hina! Tika itu aku menangis. Kau juga. Kita jadi tak menentu. Kau memeluk tubuhku erat. Menenangkanku, menabur lagi bicara indah di depanku. Lantas pujukanmu menguntumkan senyumku kembali. Gadis ini percaya padamu. Percaya sungguh-sungguh. Dan akhirnya, ia tidak berakhir di situ sahaja. Kepercayaanku padamu menjerat diri. Akhirnya malam-malamku bertemankan manusia topengan syaitan.
“Arghhh!!”
Hentikan eranganmu!
“Arghhh!!”
Hentikan. Kataku, hentikan!
Harapanku bertaburan pecah. Hancur dan berderai. Saat aku kehilanganmu, aku jadi hilang punca. Bagai orang hilang akal. Gila! Aku hampir-hampir menelan semaksima mungkin pil tidur. Aku tidak mahu hidup lagi. Gadis ini beranggapan, kehilanganmu bermakna sudah tiada ertinya lagi untuk meneruskan penghidupan ini. Wah! Agungnya dirimu ketika itu di mataku. Hatta aku sanggup mati keranamu. Kasih kita berkubur tanpa nisan. Kemboja yang gugur aku kutip satu-persatu, membina kembali semangatku yang kian rapuh. Aku buntu. Hari-hari yang kulalui tiada bernoktah. Kucari dirimu di segenap ruang. Pelusuk dunia kupanjangkan langkahku. Namun dirimu tidak kutemu. Aku hampa. Kecewa. Kau pengkhianat cinta!
Ah! Aku sudah bosan! Bosan dengan hidup yang penuh pura-pura. Aku seperti mayat hidup. Entah berapa kali aku mati lalu hidup semula keranamu. Aku masih tegar menunggumu walau kutahu penantianku hanya sia-sia. Ah! Mengapa tika itu aku begitu bodoh? Aku masih menjadi penunggu setia cinta kita kerana aku yakin benar kau akan pulang. Aku yakin. Sungguh-sungguh yakin. Prolog cinta yang kita layarkan tidak akan bernoktah mati. Dirimu terus kunanti…
“Arghhh!!!”
Hentikan eranganmu!
“Arghhh!!!”
Hentikan! Kataku, hentikan!
Ha…ha…ha…Merayulah! Teruslah merayu. Pengkhianat cinta! Mautmu di hujung jemariku. Nyawamu kan kucabut perlahan-lahan. Kau tidakkan mati dengan mudah. Izrail jua tidakkan kasihan dengan makhluk sepertimu. Aku haramkan diriku daripada berihsan denganmu kerana kau tidak pernah tahu erti ihsan. Dendam? Aku perempuan pendendam? Ya! Dendam ini telah lama bersarang di hatiku. Tatkala ketemu dirimu hari ini, bara dendamku padamu marak menyala disimbah api kebencian yang meluap-luap padamu. Simpatiku kian terbenam. Kasihku kian terkubur. Di tangan seoarang perempuan ini kau bakal mati!
Ingatkah kau noda-noda hitam yang mengeruhkan sejarah hidup kita? Aku kaget saat kau menyuruhku menggugurkan bayi tak berdosa yang menghuni rahimku. Dia anakku. Anakmu jua. Berkali-kali aku cuba meyakinkan dirimu bahawa dia adalah zuriatmu. Anak yang lahir tatkala ovumku bersatu dengan spermamu. Sarat dosa yang kita tanggung kian menggunung. Aku terpaksa akur dengan kehendakmu lantaran aku jua takut dengan cemuhan yang bakal tiba. Fetus yang masih suci murni telah kubunuh. Aku pembunuh. Pembunuh zuriatku sendiri! Layakkah diriku digelar insan?
“Arghhh!”
Hentikan eranganmu!
“Arghhh!!!”
Hentikan eranganmu. Jangan kau renung ke dalam bola mataku yang sarat kebencian. Belati yang tersisip di pinggangku bakal kutarikan mengikut rentak dendam ini. Biar pedih tersiat kulitmu. Biar jeritanmu memecah hening senja. Aku tak peduli kerana aku mahu kau merasakan kepedihan hati yang pernah kurasakan. Aku berasa puas. Puas! Puas! Aku dirasuk iblis? Siapa yang lebih iblis? Kau pernah berjanji menyuntingku menjadi suri hidupmu tapi aku kau pinggirkan. Janji hanya tinggal janji. Aku kau jamah tanpa mengira halal dan haram. Aku kecewa. Terlalu kecewa!
Saat kita semakin hanyut dalam arus durjana, kau menghumbanku ke lurah yang lebih hina. Dasyat dan menjijikkan. Sehingga aku sendiri tidak percaya bahawa aku pernah hidup bergelumang najis itu. Kau memberiku dadah setiap kali bertandang menghampiriku. Lantas ketagihan pada najis itu mula menular. Tubuhku menggigil kesejukan saat aku khali daripada suntikan najis durjana itu. Darahku kian sebati dengannya. Aku mula mencuri barang-barang kemas milik mamaku kerana kau sering mendesakku memberikan dirimu wang andai aku mahu bekalan najis itu. Katamu, tubuhku sudah muak kau terokai lantas wang yang kini menjadi perkara utama dalam kehidupan manusia hari ini yang didambamu. Aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menurut sahaja kemahuan gilamu itu.
Aku sudah mula ponteng kelas. Namun adakalanya kugagahi jua diriku untuk menghadirkan diri ke kuliah dan tutorial. Bimbang ada yang menyedari sesuatu telah berlaku padaku. Mataku cengkung. Ranting tubuhku layu. Bibirku pucat. Rambutku kusut-masai. Diriku sudah tidak terurus lagi. Tiada lagi Bintang yang ceria dan riang. Kawan-kawanku mula bertanya itu dan ini padaku. Masing-masing hairan dengan perubahan drastik yang berlaku pada diriku, lebih-lebih lagi Salsabila. Tentu kau masih ingat pada gadis ayu yang selalu dicemuhmu itu. Kau melarang aku bersahabat rapat dengan gadis Che Siti Wan Kembang itu. Kau gusar aku terpengaruh dengan dakyah Islam fanatik dan syadid Salsabila.
Katamu, dia pembawa ajaran sesat, mendiskriminasikan wanita. Wanita haram bercakap dengan lelaki ajnabi. Wanita hanya layak mencangkung di ceruk dapur. Wanita tidak boleh keluar rumah. Wanita hanya layak berjalan di tepi jalan. Wanita perlu menutup seluruh tubuh. Panas! Rimas! Katamu, mengapa perlu ditutup dan disembunyikan keindahan yang dimiliki? Serlahkan segala-galanya supaya kita mampu berbangga dengan diri sendiri. Barulah kita tampil yakin dengan penampilan diri. Ah! Dangkal sekali hujjahmu. Benarlah! Segala kebejatan sosial, kisah haruan makan anak sebenarnya bermula daripada pendidikan agama yang lompang.
Islam sebenarnya tidak pernah membeza-bezakan antara wanita dan lelaki. Wanita tetap mempunyai hak-haknya. Dalam Islam, segala perbatasan yang disyariatkan ke atas wanita adalah untuk menjaga maruah wanita justeru mengangkat martabat wanita ke tempat yang a’la. Wanita dikurniakan kelembutan. Ada mawaddah yang mewarnai jiwa setiap wanita yang tiada pada kaum Adam. Andai dalam suatu institusi kekeluargaan hanya wujud ketegasan dan kekerasan, pastinya kehidupan yang dilayari akan pincang. Justeru wanita adalah sayap kiri kaum Adam. Pelengkap kehidupan agar ada perseimbangan. Lantas apakah diskriminasi yang telah kau perkatakan itu? Salsabila yang berjubah, bertudung labuh menutupi paras dadanya, menjaga syariat agama suci ini, kau hukumnya sebagai pelampau agama. Ah! Bodohnya aku ketika itu. Jahilnya aku kerana masih buta walaupun cahaya indah bersinar di depan mata. Aku alpa lantas memilihmu sebagai penunjuk jalan hingga aku tersesat dan tersimpang jauh dari destinasi yang sebenar.
Mama dan papa mula menyedari perubahan yang berlaku pada diriku walaupun aku cuba menyembunyikanya. Namun, sedaya manalah kudratku tika tamparan papa singgah di pipiku. Aku menangis tatkala mama jua mengiakan tindakan papa. Aku jadi serba salah, lantas tika itu ingatanku menerpa ke bayangan wajahmu. Kurasakan mama dan papa tidak lagi sayang padaku. Aku terus menghubungimu. Perasaanku mendesak untuk lari meninggalkan keluargaku dan hidup bahagia bersamamu. Ah! Hampanya aku ketika itu kerana aku gagal menghubungimu. Kau kucari di segenap ruang namun segala-galanya sia-sia. Mengapa penghujungnya perlu begini? Setelah kau beriku harapan yang menggunung, aku akhirnya terkapai-kapai sendirian.
Setelah mama dan papa mengetahui aku adalah penagih, mereka menghantarku ke pusat serenti. Di sana, aku belajar erti kehidupan. Barulah kusedar betapa sukarnya suatu penghidupan yang tulus. Barulah aku faham matlamat sebenar kita dijadikan. Kasih sayang yang didamba daripadamu hanyalah suatu pembohongan. Pembohongan yang tidak pernah kusedari. Aku jadi buta dengan sinaran mata kasihmu yang redup. Aku jadi bisu dengan syair indah bicara rindumu. Aku jadi khayal dengan hembusan cinta dustamu. Pengkhianat cinta!
“Arghhh!!!”
Hentikan eranganmu.
“Arghhh!!!”
Hentikan! Kataku, hentikan!
Bintang…Kau tak berhak menghukum insan itu. Sudahkah kau beri dia peluang untuk menebus kesalahan dirinya? Sudahkah kau berinya peluang untuk meminta maaf daripadamu? Sudahkah kau berinya peluang membela dirinya?
Maaf ? Bela diri ? Menebus kesalahan ? Apakah kesalahannya boleh ditebus ? Hatta air dari tujuh lautan tidak mampu membasuh dosa dan noda hitam yang tercalit di kanvas sejarah hidupku. Lantas, apakah aku bisa memaafkan durjana ini? Maaf. Hatiku sudah terkunci untuk merelakan dirinya mempermain-mainkan perjalanan hidupku lagi.
Bintang…Sesungguhnya Rasulullah SAW bersifat pemaaf. Baginda sentiasa memaafkan kesalahan insan lain hatta musuh perang baginda sendiri. Baginda juga mahu ummatnya bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Allah jua bersifat pemaaf. Allah sentiasa melimpahkan Maghfirah-Nya buat hamba-hamba-Nya andai dia benar-benar insaf dan bertaubat nasuha. Jangan biarkan api dendan membakar jiwamu yang penuh mawaddah itu. Diriku yakin kau mampu memaafkan insan ini walaupun memori hitam itu menyekat dan meronta-ronta, menggegar dan menggoyahkan iman serta ihsanmu. Bintang…maafkanlah dia…
“Arghhh!!!”
“Arghhh!!!”
“Arghhh!!!”
Bintang…maafkanlah dia…
Tidak!
Bintang…maafkanlah dia…
Tidak!! Sekali-kali tidak akan kumaafkan durjana ini!
“Arghhh!!!”
“Arghhh!!!”
Kupinta padamu dengan seluruh jiwaku, maafkanlah dia, Bintang. Maafkanlah dia…Maafkanlah dia dengan sepenuh hatimu. Maafkanlah dia…
Suara yang datang bersama pawana lembut membelai naluriku. Serasa dingin menyentuh sukma. Mata hatiku mula memandang hikmah yang mengalir. Kesumat yang terbuku kian mencair. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja hati perempuanku beriak tenang. Memandang suatu wajah yang lewat hari-hariku sering menemuinya, menjadikan diriku insan yang mula mengenali indahnya Islam, indahnya hidup ini andai menyusurinya dengan penuh tulus dan hikmah. Dia insan mulia. Insan yang cukup kuhargai budi dan kalam nasihatnya. Ah! Benarkah seperti katanya, aku perlu memaafkan durjana ini?
Prolog hidupku….
Monolog sendirian…
Bahagia atau keciciran…?
Kutemui suatu hati yang berpancaran bagai lautan. Kuselaminya dan di sana kutemui mutiara keluhuran dan keikhlasan. Kalam yang terlantun dari bibirnya bagai renjisan hikmah yang menyuburkan keimanan. Fatamorgana dunia telah mengaburiku dari mengenal hakikat kehidupan. Aku bangun kembali membina suatu iltizam baru.
Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah…
Indahnya kerlipan sang bintang, menghiasi atap dunia. Sinarnya membelah keheningan malam. Kerdipnya mengunci mata yang memandang. Tiadakah sang bintang yang sudi di sisi ini?
Serasa dia mula melamar cintaku. Hatiku berbunga indah. Dia insan mulia. Layakkah aku untuknya? Keyakinanku padanya menebal. Dia bersedia membimbingku, menunjukiku menuju cahaya kebenaran. Sanggup menerimaku seadanya. Duhai…mulianya hatimu. Tulusnya cintamu padaku. Terima kasih kerana sudi menerimaku. Bintang yang sinarnya hampir padam, kini berkerdip kembali. Bergentayangan di persada malam bersama purnama indah dalam gugusan kasih sayang anugerah Ilahi. Ya Allah! Dengan Rahmat-Mu, kuingin hidup ini terus indah bersamanya.
Kejam!!!
Dunia ini terlalu kejam!!
Kejam!!!
Tidak! Bukan dunia ini yang kejam. Kau yang mencipta duniamu untuk menjadi kejam padamu. Sejarah kekejaman di masa lampaumu telah meninggalkan artifak-artifak hitam di masa hadapanmu. Kau yang berbuat dosa, lalu kaulah yang perlu menanggung akibatnya!!
“Bintang….anda disahkan menghidap HIV Positif.”
Gelap…Hidupku gelap. Segala-galanya hancur. Musnah…Ya Allah!
Aku berteleku di hamparan suci. Bintang ini nekad! Hanya padamu Ilahi aku serahkan jiwa raga ini. Ya Rabbi… terimalah dagangan nan hina ini. Aku malu pada-Mu Ya Allah! Teramat malu…Banyaknya dugaan yang perlu kutempuh. Kini berseorangan menghadapi segala-galanya. Tapi aku tahu Ya Allah, Kau tidak pernah meninggalkanku walau sedetik. Kini aku kembali mencarimu Ya Allah, mencari diri-Mu yang terlalu lama kutinggalkan. Mencari dan mendamba cinta daripada kekasih nan agung. Ya Allah! Bintang telah bertemu dengan kekasihnya. Rabbi… Kaulah Kekasih Agungku….

No comments:
Post a Comment