Sunday, May 10, 2009

HARI AGUNG + PEMBALASAN YANG SEMPURNA



Tempat peribadatan kaum Tsamud yang ingkar pada Nabi Saleh a.s





10 Mei 2009 - Awal pagi ku habiskan dengan mengemas rumah yang telah lama tergendala dek kesibukan sepanjang semester. Dengan hanya membaca buku 'Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna' , rasa tak puas hati selagi tak dapat keluar mencari ilmu, permata cordova tercicir di celah-celah kehidupan duniawi. Baru dapat ajakan dari sahabat yang sama-sama berjuang rumah tarbiyyah ini sepanjang cuti semester ini membuatkan hati melonjak gembira. Apatah lagi penceramah kuliah petang ni adalah Dr. Daniel Zainal Abidin, seorang tokoh yang amat ku kagumi usaha dakwah beliau.








Petang ini di bahaskan tentang surah al-Waqiah ayat 1-26. Diceritakan tentang hari pembalasan yang agung. Yang mana akan terbahagi semua umat manusia menjadi tiga golongan :








  1. ashabul maimanah- golongan kanan



  2. ashabul masy'amah- golongan kiri



  3. as-sabiqun - golongan yang terdahulu yang akan dahulu masuk syurga



Apa yang menjadi perbahasan panjang petang ini adalah istilah 'golongan yang terdahulu'.. Lebih jelas maksudnya ialah golongan yang berkejar-kejar untuk sentiasa menjadi orang yang terdahulu dalam melakukan apa-apa kebaikan dan kebajikan.




Lantas muhasabah diri..akankan aku tergolong dalam golongan yang terdahulu itu?? Ruang yang agak luas tersedia untuk ku koreksi diri.. Selama ini adakah aku berkejar-kejaran dalam melakukan kebaikan, atau aku yang sebaliknya sentiasa bertanggguh..




Sedangkan telah tercatat dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 110 bahawa umat Muhammad s.a.w adalah umat yang terbaik, 'kuntum khaira ummah'..




Pujukan berupa balasan syurga telah di temukan dalam ayat seterusnya membuktikan Allah sangat SAYANG dan KASIH pada hambaNya. Mari kita bersama-sama muhasabah kembali..



Bagi diri yang bergelar Hawa sudah pasti agak teruja dalam majlis demikian, dengan seri kanak-kanak yang comel-comel belaka..anak yang telah di tarbiyyah dari kecil cukup berbeza mengikut kajianku setelah banyak kali melihat sendiri beza anak-anak yang di tarbiyyah dengan nilai keislaman sejak kecil berbanding yang mengenal Islam di usia remajanya.


'Ya Allah, kurniakan aku suami dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati ku..'







Kuliah 2 : PEMBALASAN YANG SEMPURNA


kupasan terjemahan surah Hud : 66-68


oleh Ust Halim Nasir Al- Hafiz di Masjid Batu, Seberang Perai.


http://halimnasir.blogspot.com/


Bukan suatu peluang biasa yang dapat ku cari di mana sekalipun untuk mendengar sendiri kuliah seorang tokoh yang luas pengetahuan dan pengalaman ini. Bekas seorang jurutera yang kini menyumbangkan sepenuh tenaga dalam aktiviti dakwah dan parti memberi sedikit kelainan dalam gaya penyampaian beliau. Apa yang dikatakan oleh beliau di sertai dengan bukti kajian sains ddalan bidang kejuruteraan. Ada sahaja ilmu engineer beliau yang terselit sepanjang kuliah tersebut, walaupun ayat yang di bahaskan jauh panggang dari api kepada bidang yang pernah menjadi minat beliau.


Satu ikon yang patut dicontohi..baca sahaja tulisan beliau 'POLITIK SEMUT' dalam DetikDaily yang cukup matang gaya penulisannya..m..subhanallah... Moga semangat perjuangan beliau mengalir dalam tubuh hamba yang baru setahun jagung dlm medan dakwah ini..amin..





1 comment:

rossees said...

terima kasih... sy pun bermuhasabah juga membacanya. salam