Sajak tercetus atas keadaan yang mengharukan...
sahabat, sahabiah terus bertungkus lumus dgn exam masing...
yang final year....dengan final year project...tesis...urm...
Ya ALLAH, ya MUIZ,
Kurniakan kami kekuatan untuk menjulang kemulian-Mu di taman ilmu ini,
Taman syurga yang merintis kecmerlangan,
Bakal mengulangi sejarah kegemilangan kota Baghdad,
Di renjis pujian, di tabur penghormatan…
Ya ALLAH, ya MUHAIMIN,
Kurniakan mahkota kebesaran-Mu pada bonda dan ayahanda,
Atas nama suci kasih-Mu,
Atas nama hakiki cinta-mu pada hamba yang berjuang di medan ilmu,
Kurniakan kesabaran sebagai dedikasi buat pendidik tercinta,
Buat pendidik anak bangsa yang gigih berusaha,
Tetapkan rahmat-Mu atas mereka,
Limpahkan redha-Mu pada mereka,
Kerana mereka pendidik waris bumi ini.

No comments:
Post a Comment