Sunday, May 10, 2009

HARI AGUNG + PEMBALASAN YANG SEMPURNA



Tempat peribadatan kaum Tsamud yang ingkar pada Nabi Saleh a.s





10 Mei 2009 - Awal pagi ku habiskan dengan mengemas rumah yang telah lama tergendala dek kesibukan sepanjang semester. Dengan hanya membaca buku 'Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna' , rasa tak puas hati selagi tak dapat keluar mencari ilmu, permata cordova tercicir di celah-celah kehidupan duniawi. Baru dapat ajakan dari sahabat yang sama-sama berjuang rumah tarbiyyah ini sepanjang cuti semester ini membuatkan hati melonjak gembira. Apatah lagi penceramah kuliah petang ni adalah Dr. Daniel Zainal Abidin, seorang tokoh yang amat ku kagumi usaha dakwah beliau.








Petang ini di bahaskan tentang surah al-Waqiah ayat 1-26. Diceritakan tentang hari pembalasan yang agung. Yang mana akan terbahagi semua umat manusia menjadi tiga golongan :








  1. ashabul maimanah- golongan kanan



  2. ashabul masy'amah- golongan kiri



  3. as-sabiqun - golongan yang terdahulu yang akan dahulu masuk syurga



Apa yang menjadi perbahasan panjang petang ini adalah istilah 'golongan yang terdahulu'.. Lebih jelas maksudnya ialah golongan yang berkejar-kejar untuk sentiasa menjadi orang yang terdahulu dalam melakukan apa-apa kebaikan dan kebajikan.




Lantas muhasabah diri..akankan aku tergolong dalam golongan yang terdahulu itu?? Ruang yang agak luas tersedia untuk ku koreksi diri.. Selama ini adakah aku berkejar-kejaran dalam melakukan kebaikan, atau aku yang sebaliknya sentiasa bertanggguh..




Sedangkan telah tercatat dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 110 bahawa umat Muhammad s.a.w adalah umat yang terbaik, 'kuntum khaira ummah'..




Pujukan berupa balasan syurga telah di temukan dalam ayat seterusnya membuktikan Allah sangat SAYANG dan KASIH pada hambaNya. Mari kita bersama-sama muhasabah kembali..



Bagi diri yang bergelar Hawa sudah pasti agak teruja dalam majlis demikian, dengan seri kanak-kanak yang comel-comel belaka..anak yang telah di tarbiyyah dari kecil cukup berbeza mengikut kajianku setelah banyak kali melihat sendiri beza anak-anak yang di tarbiyyah dengan nilai keislaman sejak kecil berbanding yang mengenal Islam di usia remajanya.


'Ya Allah, kurniakan aku suami dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati ku..'







Kuliah 2 : PEMBALASAN YANG SEMPURNA


kupasan terjemahan surah Hud : 66-68


oleh Ust Halim Nasir Al- Hafiz di Masjid Batu, Seberang Perai.


http://halimnasir.blogspot.com/


Bukan suatu peluang biasa yang dapat ku cari di mana sekalipun untuk mendengar sendiri kuliah seorang tokoh yang luas pengetahuan dan pengalaman ini. Bekas seorang jurutera yang kini menyumbangkan sepenuh tenaga dalam aktiviti dakwah dan parti memberi sedikit kelainan dalam gaya penyampaian beliau. Apa yang dikatakan oleh beliau di sertai dengan bukti kajian sains ddalan bidang kejuruteraan. Ada sahaja ilmu engineer beliau yang terselit sepanjang kuliah tersebut, walaupun ayat yang di bahaskan jauh panggang dari api kepada bidang yang pernah menjadi minat beliau.


Satu ikon yang patut dicontohi..baca sahaja tulisan beliau 'POLITIK SEMUT' dalam DetikDaily yang cukup matang gaya penulisannya..m..subhanallah... Moga semangat perjuangan beliau mengalir dalam tubuh hamba yang baru setahun jagung dlm medan dakwah ini..amin..





Saturday, May 9, 2009

Happy Mothers Day, mommm....!


Selamat Hari Ibu
Ibu..Di saat ku melihat dunia,

Kau tersenyum menangis gembira,

Tatkala ku dibesarkan,

kau berikan segunung kasih sayang,Selaut belaian..


Ibu..

Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,

Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,

Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,

Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,

tempat lebah mencari madu,

Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..


Ibu..

Pengorbananmu akan tak dapat ku balas,

Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,

biarpun ombak merobek dunia,Kau tetap ibuku yang satu.
ni lagu best sempena hari ibu ni:
Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati...
Hanyalah untuk mu
Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu... Menciummu...
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nantiAku janji...
insya Allah ummi...terima kasih ummi..

SUNTIKAN KEDUA HARI INI


13 tips mujahidah cemerlang

Dr Halimah Ali, DUN SELAT KLANG



1. sedar (sedar dan faham erti perjuangan yang pahit getir)

2. sunnah (pejuang ke kalau tak amalkan sunnahnya)

3. syukur

4. strategi

5. sayang

6. senyum (sebab bakal dapat cek dari Tuan kerajaan langit)

7. sapa, salam

8. sungguh-sungguh

9. selawat, solat, doa

10. sabar

11. serah pada-Nya

12. syaitan di hindari

13. sujud ( hanya padaNya tawakal pada segenap usaha)

KAU SUNTIK SEMANGAT DI JIWA YANG GERSANG

Hadirin yang ku kagumi perjuangannya..

9 Mei o9- Menjelang hujung minggu, hajat hati ingin merehatkan diri dengan hanya berkarya di alam maya, namun, Dia lebih mengetahui dan lebih baik perancanganNya. Saat diri ini sangat memerlukan satu suntikan semangat dek merundumnya graf semangat kesrikandian dalam diri setelah penat bertarung dalam final exam semester yang ke-4 ni. Kecerunan menjadi negatif lantaran jiwa kosong beberapa ketika tanpa program yang menemukanku dengan masyarakat, ruang yang agak mengongkong diri dari terus bersiasah dengan masyarakat yang ku kira sebagai penyuntik semangat untuk terus berjuang. Dari sana aku datang dan ke sana akan ku kembali. Takkan ku sia-siakan duit rakyat yang menanggung biaya pendidikanku sehingga ke tahap ini..




alhamdulillah, Allah pilih diri ini untuk sama-sama turut serta dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Pulau Pinang ke -20 di Sungai Acheh (bukan aceh yang kena tsunami tu tapi Sg Acheh p.pinang). Terasa kerdil lagi dalam jalan perjuangan ini jika di banding dengan pengalaman dan ilmu mereka yang boleh ku panggil saja makcik-makcik atau kakak-kakak. Bertuah badan terpilih di jalan ini, sebab dapat ku bayangkan jika ku terus terperuk jauh di hujung kampung tanpa melanjutkan pelajaran jauh di perantauan ni, belum tentu fikrah yang 'TOTAL BLUE' ni jadi putih dan diwarnakan dengan hijau. Bak kata sahabat-sahabat tercinta, 'berdarah hijau pekat'..m...agak kelakar gelaran tu. Apa yang ingin ku bandingkan di sini adalah, 'makcik-makcik' yang tak pernah belajar sampai tamat tingkatan tiga pun faham erti perjuangan menegakkan Islam tercinta, apa pula yang menjadi alasan mereka yang dah belajar sampai ke universiti untuk melarikan diri dari medan ini. nauzubillah min dzalik..


Lucu juga terkenang kata-kata Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nurul Huda yang banyak menyentuh bab peranan seorang ahli parti atau gelaran yang lebih saya rasa sesuai 'hamba yang beraqidahkan Islam'. " Silap siapa bila orang tertanya sebab meruncing gejala songsang dalam masyarakat hari ini? adakah salah

A. ibu mengandung sebab melahirkan si pesalah ke dunia, atau

B. salah institusi keluarga yang gagal mencapai mardhatillah, ataupun

C. salah sistem pendidikan negara yang nyata adalah berwahana materialistik?"


Saya ingin menambah pilihan jawapan di sini,


D. sikap beragama yang sinkreteis( sikap yang membenci ajaran agama sendiri)

E. sistem perundangan yang gagal menerobos hati rakyat lantaran ingkar suruhan Allah Taala kerana menolak dan menafikan hukum yang temaktub dalam al-quran..alasannya kerana kita nak menjaga integrasi kaum..tapi sejauh mana mereka berhujah dengan dalil yang bisa berkompromi atas isu ini?


renung-renung dan fikir-fikirkanlah jawapannya.









Thursday, May 7, 2009

BAITUL MUSLIM..?


layangan demi layangan kad walimah singgah di tangan.. maklumlah...time cuti2 skrg ni...senang sikit nak prepare..ye ke?? m...xtau la...xda pengalaman lagi...

teringat pulak aksi2 nakal sahabiah-sahabiah dalam liqa' bila bab baitul muslim ni di utarakan.. ada yang senyum-senyum, tak kurang yang menunduk malu..apa pun..yang dah selamat, moga berkekalan hendaknya... dan yang baru nak selamat di ijab kabulkan, moga mendapat kebahagiaan yang berpanjangan

" YA ALLAH YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI KAMI, TETAPKAN HATI KU DAN HATI SAHABAT-SAHABATKU DLM JALAN PERJUANGAN INI..MOGA KASIH YANG TERSIMPUL ERAT INI TERPILIH UNTUK MENUJU KE SYURGA KELAK"
Buat yang masih belum berpunya, usah risau..telah tercatat seungkap nama untuk mu...jaga diri , jaga iman...doa moga Allah sentiasa menjaga 'dia' untukmu..jika kau yang terbaik, dia juga pasti yang terbaik..ameen ya rabbal alamin...

Monday, May 4, 2009

infiniti maaf buat kalian..


salam maaf dari acik buat kalian berdua...

sufian irfan..sufian qusyairy


Ya Allah,

perkenankan hajat hambaMu ini..

bahagiakan hidup mereka berdua..

beri keselamatan tiada terbanding..


Sunday, May 3, 2009

ayah...anak...dan doraemon...


erti hidup pada yang memberi..
pinjam kejap ye ustaz,kata2 power ustaz ni...
teka-teki ni begini :
cerita ini berlaku zaman populariti doraemon di kemuncak idola setiap kanak2 seluruh dunia ketika itu..
seorang anak merengek meminta sebuah patung doraemon bersaiz dirinya yang berusia beberapa tahun...
bayangkan hendak mecari sebuah anak patung yang bersaiz besar itu... tentu sangat sukar bukan..
beberapa lama selepas itu, ayah tersebut mendapat rezeki untuk pergi ke luar negara atas urusan kerja...
selesai urusan di jepun, si bapa tengah meronda-ronda sekitar bandar jepun untuk membelikan buah tangan untuk seisi keluarga.. tiba2, di rezekikan oleh Allah untuk berjumpa dengan sebuah patung seperti yang di impikan oleh sang anak...gembira hati tidak terkata..
balik ke Malaysia, sang ayah di sambut dengan lonjakan gembira sang anak...
sampai sahaja ke tangan sang anak, si ayah melihat anak kasayangannya memeluk erat Doraemon tadi sambil bergolek2 dengan penuh manja bersama patung kesayangannya...
teke-tekinya :
siapakah watak yang merasa sangat bahagia dalam cerita ini..? adakah sang ayah yang terpaksa membelanjakan sejumlah wang dek kerana terpaksa mendapatkan apa yang anaknya impikan, lagi-lagi patung tersebut adalah original made in japan, ataupun sang anak yang mendapat apa yang telah lama menjadi impiannya, ataupun Doraemon yang telah di peluk oleh sang anak...?
logik akal tentu mengatakan si anak adalah orang yang paling gembira kerana mendapat apa yang di hajatkannya..namun hati tentu mengatakan si ayah kerana puas telah berjaya mendapatkan apa yang di impikan untuk orang yang tersayang..
inilah konsep erti hidup pada yang memberi...
yang memberi tentu sahaja tidak mendapat apa2 yang bernilai pada kaca mata seorang manusia, tetapi dari mata hati seorang hamba yang memberi dengan kasih sayang, tentu mengatakan si ayah adalah jawapannya..
kalau lah ada segelintir mengatakan jawapannya adalah Doraemon, yang suka di peluk oleh sang anak, percayalah sahabatku...erti itu tidak kekal lama..
seminggu dua selepas itu, tentu sahaja anda akan kecewa lantaran Doraemon itu akan menjadi cacat bila mana sang anak tercabutkan hidung comel sang Doraemon tersebut..begitulah, analogi seorang yang hanya mengharapkan agar mendapat apa yang di impikan berbanding orang yang berharap dapat memberi pada saudaranya..
hadith Rasulullah s.a.w dalam hadith 40:
"tidak beriman seorang hamba sehingga ia melebihkan saudaranya melebihi kasihnya pada dirinya sendiri"
wallahu'alam..